5.1 Hasil Soal Selidik
Seramai 30 orang responden yang dipilih secara rawak serta terdiri
daripada masyarakat kaum Cina dan kaum India telah disoal selidik bagi
memudahkan lagi kajian ini dijalankan.30 orang responden telah memberi maklum
balas daripada sejumlah 30 borang soal selidik yang telah diedarkan kepada
mereka. Hal Ini bermakna 100% responden
memberikan kerjasama yang baik untuk menjawab dan memulangkan borang soal
selidik yang diedarkan.Huraian analisis latar belakang responden melibatkan
aspek jantina, umur, kaum dan pekerjaaan telah dipersembahkan dalam bentuk
jadual dan gambar rajah. Bahagian ini membincangkan analisis data dan
memaparkan hasil penemuan kajian yang telah dilakukan berdasarkan borang soal
selidik yang telah diisi oleh responden. Data yang diperoleh akan dianalisis
dan seterusnya hasil tersebut akan diproses bagi mendapatkan stastik seperti
bilangan, peratusan dan sudut.
BAHAGIAN A
Latar belakang responden
5.1.1 Jantina
Jantina
|
Kekerapan
|
Peratus(%)
|
Lelaki
|
18
|
60
|
Perempuan
|
12
|
40
|
Jumlah
|
30
|
100
|
JADUAL 1: JUMLAH RESPONDEN
KAJIAN MENGIKUT JANTINA.
RAJAH 1:TABURAN RESPONDEN MENGIKUT JANTINA.
Jadual 1 dan Rajah 1 menunjukkan daripada 30 orang responden, seramai 18
orang atau 60% adalah terdiri daripada responden lelaki, manakala bakinya
sebanyak 12 orang 40% adalah responden perempuan. Tidak ada perbezaan jurang
yang besar dalam pemilihan jantina responden. Kajian ini adalah melihat
persepsi penduduk. Oleh hal yang demikian jantina yang dipilih perlulah
seimbang agar jawapan yang diperoleh tidak memihak kepada satu gender sahaja.
5.1.2 Umur
JADUAL 2:TABURAN RESPONDEN
MENGIKUT UMUR
Umur
|
Kekerapan
|
Peratus(%)
|
25 tahun ke bawah
|
10
|
33
|
25-40
|
12
|
40
|
41-55
|
5
|
17
|
55 ke atas
|
3
|
10
|
Jumlah
|
30
|
100
|
RAJAH 2:TABURAN RESPONDEN MENGIKUT JANTINA.
Berdasarkan Jadual dan Rajah 2, daripada 30 orang responden yang disoal selidik,
seramai 12 orang adalah terdiri daripada responden yang mempunyai golongan umur
25 hingga 40 tahun atau sebanyak 40%. Manakala responden yang berumur antara 25
tahun ke bawah adalah sejumlah 10 orang
atau 33%. Seterusnya responden yang berumur antara 41 hingga 55 tahun
adalah sejumlah 5 orang atau 17% dari jumlah responden. Selebihnya adalah
responden yang berumur 55 tahun ke atas yang terdiri daripada tiga orang
responden atau 10%. Tujuan responden yang berbeza usia ini didapati adalah
kerana responden yang mempunyai pandangan yang berbeza-beza.
BAHAGIAN B
ANALISIS PERBEZAAN ADAT
PERKAHWINAN ANTARA KAUM CINA DAN KAUM INDIA DI TASEK GELUGOR.
5.1.5 Sebelum tiba hari
perkahwinan, pengantin lelaki boleh bertemu dengan pengantin perempuan.
JADUAL 5: KEDUA-DUA
PENGANTIN BERTEMU
SKALA
|
PERKARA
|
BILANGAN KAUM DAN JUMLAH PERATUS
|
|||
CINA
|
(%)
|
INDIA
|
(%)
|
||
1
|
Sangat setuju
|
0
|
0
|
2
|
7
|
2
|
Setuju
|
2
|
7
|
4
|
13
|
3
|
Tidak setuju
|
3
|
10
|
4
|
13
|
4
|
Sangat tidak setuju
|
5
|
17
|
9
|
30
|
5
|
Tidak pasti
|
0
|
0
|
1
|
3
|
RAJAH 5: KEDUA-DUA PENGANTIN BERTEMU
Berdasarkan Jadual 5 dan Rajah 5 di atas, bilangan responden bagi kaum
Cina yang sangat tidak bersetuju ialah 5 orang dengan kadar peratusannya
sebanyak 17% manakala bagi kaum India pula bilangan yang tidak bersetuju ialah
9 orang responden atau 30% daripada jumlah responden.Responden yang tidak
bersetuju bagi kaum Cina dan kaum India pula masing-masing ialah 3 orang
responden dan 4 orang responden atau 10% dan 13%. Bagi responden yang bersetuju
pula kaum Cina mencatatkan bilangan responden sebanyak 2 orang atau 7% berbeza
dengan kaum India yang mencatatkan bilangan responden sebanyak 4 orang atau
13%.Bagi responden yang sangat bersetuju dan tidak pasti, kaum Cina mencatatkan
0 bilangan manakala kaum India yang sangat bersetuju dan tidak pasti
masing-masing adalah 2 orang atau 7% dan 1 orang atau 3%. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa kebanyakan responden sama ada dari kaum Cina dan kaum India
sangat tidak bersetuju dengan pernyataan kedua-dua pengantin boleh bertemu
sebelum hari perkahwinan.
5.1.6 Peringkat ramalan nasib masih dijalankan
dalam sesuatu perkahwinan.
JADUAL 6: RAMALAN NASIB
SKALA
|
PERKARA
|
BILANGAN KAUM DAN JUMLAH PERATUS
|
|||
CINA
|
(%)
|
INDIA
|
(%)
|
||
1
|
Sangat setuju
|
2
|
7
|
6
|
20
|
2
|
Setuju
|
5
|
17
|
10
|
33
|
3
|
Tidak setuju
|
1
|
3
|
3
|
10
|
4
|
Sangat tidak setuju
|
0
|
0
|
0
|
0
|
5
|
Tidak pasti
|
2
|
7
|
1
|
3
|
RAJAH 6: RAMALAN NASIB
Jadual 6 dan Rajah 6 menunjukkan bahawa majoriti kaum Cina dan kaum
India bersetuju dengan pernyataan peringkat ramalan masih dijalankan dalam
sesuatu perkahwinan. Hal ini dibuktikan dengan kaum Cina yang mencatatkan 5
orang atau 17% responden yang bersetuju manakala kaum India sebanyak 10 orang
atau 33% responden.Bagi responden yang sangat bersetuju pula, kaum Cina
sebanyak 2 orang atau 7% responden dan kaum India pula melebihi kaum Cina
dengan bilangan responden sebanyak 6 orang atau 20% daripada keseluruhan
bilangan responden. 3% atau 1 orang responden kaum Cina tidak bersetuju dengan
pernyataan tersebut tetapi berbeza pula dengan bilangan kaum India yang tidak
bersetuju yang mencatatkan 3 orang responden atau 10% responden.Bilangan
responden yang tidak pasti dengan pernyataan tersebut bagi kaum Cina dan kaum
India masing-masing ialah sebanyak 1 orang atau 3% dan 2 orang atau 7%
responden.Bilangan responden yang sangat tidak bersetuju bagi kaum Cina dan India
adalah 0 bilangan.
No comments:
Post a Comment