Thursday, May 7, 2015

Pengenalan, Lokasi Kajian dan Kaedah Kajian


1.0 PENGENALAN
            Adat berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud kebiasaan,resam  peraturan dan tabiat.Adat resam ialah adat yang diwarisi secara turun temurun bagi mengekalkan tradisi sesuatu kaum.Setiap suku bangsa di Malaysia mempunyai adat resam masing-masing.Adat resam yang diterima oleh sesuatu bangsa merupakan cetusan peraturan dan panduan.Sesuatu masyarakat menjalani kehidupan mereka berdasarkan amalan nenek moyang mereka.Pelaksanaan amalan nenek moyang ini menjadikanya sebagai satu peraturan yang mana lama kelamaan ianya menjadi satu kemestian apabila mereka biasa melakukannya.Adat resam juga boleh didefinisikan sebagai satu tatacara yang sering dilakukan oleh masyarakat seperti cara makan yang tertib dan bersopan santun ketika bertutur.
            Terdapat pelbagai jenis adat resam yang diamalkan di Malaysia.Antaranya ialah adat kunjung mengunjung,adat berpantang,adat perkahwinan,adat kelahiran,adat kematian,adat melenggang perut,adat bersalin dan banyak lagi.Setiap adat yang dilakukan oleh sesuatu kaum tersebut berlainan dari segi perbuatan dan pengamalannya.Namun begitu,setiap adat yang dilakukan mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk membentuk satu masyarakat yang maju,dinamik dan progresif.
Antara adat perkahwinan yang diamalkan di Tasek Gelugor ialah adat istiadat perkahwinan kaum Melayu,perkahwinan kaum Cina dan perkahwinan kaum India serta pelbagai lagi adat istiadat perkahwinan kaum lain.Perkahwinan merujuk kepada  suatu ikatan yang teguh antara lelaki dengan  perempuan melalui perjanjian yang sah untuk menjalani kehidupan berumahtangga sebagai suami-isteri.Secara umumnya,semua agama menganjurkan perkahwinan kerana setiap agama ada adat  istiadat perkawinannya yang tersendiri.Hal ini demikian kerana,setiap orang di muka bumi ini mempunyai keinginan untuk memiliki teman hidup,baik lelaki mahupun wanita.Fitrah untuk hidup berpasangan ini selari dengan fitrah untuk hidup mengasihi dan dikasihi,saling memberi,serta berkongsi suka duka bersama dalam kehidupan.Dalam bentuk kata lain,perkahwinan adalah salah satu adat resam yang diamalkan oleh masyarakat di seluruh dunia.
Di Malaysia,hanya perkahwinan monogami dan poligami sahaja yang boleh diamalkan mengikut undang-undang negara tanpa mengira bangsa.Begitu juga di sekitar kawasan Tasek Gelugor,masyarakat yang tinggal di kawasan tersebut hanya boleh mengamalkan perkahwinan monogami dan poligami.Monogami ialah satu jenis perkahwinan yang diamalkan oleh majoriti masyarakat di sekitar kawasan Tasek Gelugor iaitu perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang perempuan.Poligami pula bermaksud seorang suami yang mempunyai lebih dari seorang isteri.Perkahwinan poligami juga turut diamalkan oleh segelintir masyarakat di kawasan ini.
Perkahwinan yang dijalankan di sekitar kawasan Tasek Gelugor berbeza-beza mengikut kaum.Bagi kaum Melayu,konsep perkahwinannya amat berkait dengan konsep perkahwinan dalam Islam.Perkahwinan mengikut Islam adalah suatu ibadat dan sunnah Rasulullah S.A.W. yang merupakan pelaksanaan terhadap tuntutan fitrah semula jadi manusia.Prosedur perkahwinan dalam Islam merangkumi soal memilih jodoh,menentukan mahar,mengatur majlis pernikahan,kenduri kahwin,mengakad nikah hinggalah ke soal-soal hubungan suami isteri.
Bagi kaum Cina dan India pula,adat istiadat perkahwinan yang diamalkan mempunyai sedikit persamaaan dengan kaum Melayu.Bagi kaum Cina, Perkahwinan merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka.Perkahwinan ini penting untuk mengekalkan institusi kekeluargaan dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain.Begitu juga dengan kaum India,perkahwinan dianggap penting bagi seseorang itu melangkah ke suatu alam hidup yang baru.
Kawasan sekitar Tasek Gelugor yang mempunyai kepelbagaian kaum seperti kaum Melayu,Cina dan India memudahkan kajian dijalankan untuk mengetahui tentang bagaimana adat istiadat perkahwinan kaum India dan Cina diadakan serta mendalami dengan lebih terperinci tentang upacara perkahwinan kaum Cina dan India di sekitar kawasan Tasek Gelugor.


2.0 Objektif  Kajian
Kajian ini merangkumi objektif-objektif yang berikut:
                    i.            Mengkaji adat istiadat perkahwinan kaum Cina dan kaum India di Tasek Gelugor.
                  ii.            Mengenalpasti tentang upacara adat,tujuan serta peralatan yang digunakan semasa  perkahwinan kaum Cina serta perkahwinan kaum India dijalankan.

3.0  Lokasi Kajian
Kajian ini telah dijalankan di sekitar kawasan Tasek Gelugor,Seberang Perai Utara,Pulau Pinang.Tujuan lokasi ini dipilih adalah untuk mengkaji tentang adat istiadat perkahwinan kaum Cina dan perkahwinan kaum India yang terdapat di sekitar kawasan tersebut sesuai dengan kepelbagaian kaum yang ada di situ.Banyak maklumat yang dapat dikumpul untuk dianalisis apabila memilih lokasi tersebut untuk menjalankan kajian.
3.1 Pulau pinang
Pulau Pinang adalah salah satu daripada 13 buah negeri-negeri di Malaysia.Negeri ini terletak di pantai barat laut Semenanjung Malaysia.Negeri ini merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia.Pulau Pinang juga terdiri daripada bahagian pulau dan juga tanah besar yang dikenali sebagai Seberang Perai.Seberang Perai dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Seberang Perai Tengah,Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan.Keluasan kawasan pulau adalah 285 km yang terpisah sepenuhnya daripada Seberang Perai.Kedua-dua bahagian ini dihubungkan dengan perkhidmatan feri dan Jambatan Pulau Pinang yang panjangnya 13.5 km.
Ibu negeri bagi Pulau Pinang ialah Georgetown.Georgetown pernah menjadi sebuah bandaraya yang terdapat di Malaysia.Bandar-bandar di negeri ini ialah seperti Butterworth,Kepala Batas,Bukit Mertajam,Bayan Lepas dan Batu Kawan di Seberang Perai. Pulau Pinang
mempunyai kepadatan penduduk yang sederhana di Malaysia dengan 2,031.74 penduduk sekilometer persegi di pulau dan 865.99 penduduk
sekilometer persegi di Seberang Perai.Negeri ini mempunyai majoriti kaum seperti kaum Cina (42.5%),kaum Melayu (41.5%) dan kaum India (9%) serta kaum-kaum yang lain (7%).


Peta 1:Negeri Pulau Pinang



3.2  Seberang Perai Utara
Seberang Perai Utara ialah salah satu daripada lima daerah pentadbiran di tanah besar Pulau Pinang,Malaysia.Ibu pejabat daerah ini terletak di Kepala Batas dan bandar terbesar ialah Butterworth.Pekan-pekan yang lain termasuklah Tasek Gelugor,Bagan Ajam,Seberang Jaya,Sungai Dua dan Teluk Ayer Tawar.
Kini,Seberang Perai Utara telah berkembang pesat dan bertambah maju.Seberang Perai merupakan antara kawasan perindustrian pesat yang terdapat di Malaysia.Oleh itu,terdapat banyak kawasan perumahan,pusat membeli-belah serta pusat perniagaan di Seberang Perai.
Di samping itu,kawasan ini juga merupakan pusat petempatan yang sedang membangun dengan bangunan pentadbiran,institusi pendidikan,perindustrian,bangunan perniagaan dan sebagainya.Seberang Perai Utara merupakan daerah terbesar dengan keluasan 26588.04 hektar(262.53 km persegi) dan merupakn daerah separa bandar yang masih berteraskan kawasan luar bandar.
Peta 2:Daerah Seberang Perai Utara


3.3  Tasek Gelugor
Tasek Gelugor adalah sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Seberang Perai Utara,Pulau Pinang yang bersempadan dengan daerah Padang Serai,Kedah Darul Aman.Nama Tasek Gelugor adalah diambil bersempena dengan kejadian sebuah tasik yang melimpah airnya daripada Sungai Gelugor dan juga daripada pokok asam gelugor yang terdapat di kawasan tasik tersebut yang secara saintifiknya dikenali sebagai Garcinia Atroviridis.
Pekan Tasek Gelugor terletak dari arah barat daya dari bandar Kepala Batas.Pekan Tasek Gelugor juga menjadi pusat perniagaan utama kepada penduduk-penduduk di sekitar kawasan tersebut.Majoriti penduduknya adalah Melayu iaitu 91%, diikuti Cina 8% dan selebihnya India dan etnik lain sebanyak 1%.
Pekan Tasek Gelugor juga dikelilingi oleh beberapa buah kampung seperti Kampung Air Melintas Kecil,Kampung Belukar,Kampung Lahar Tembun,Kampung Lahar Yooi dan beberapa kampung yang lain.Dua jalan utama di Tasek Gelugor ialah Jalan Gelugor dan Jalan Kubang Menerong.Terdapat jalan kereta api dan jalan-jalan Flyover yang baru dibina di Jalan Gelugor yang membolehkan orang ramai tidak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.Jarak dari Sungai Dua ke Tasek Gelugor adalah  sejauh 5 kilometer manakala jarak dari Permatang Pauh ke Tasek Gelugor adalah 10 kilometer.
Peta 3:Kawasan Tasek Gelugor


4.0 Kaedah Kajian
Kaedah kajian merujuk kepada suatu pendekatan yang digunakan untuk mencari sumber atau maklumat mengenai sesuatu perkara yang hendak dikaji.Melalui kaedah-kaedah yang digunakan,sesuatu masalah yang dikaji dapat diselesaikan.Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian ini.Antaranya ialah kaedah kualitatif,kaedah kuantitatif,kaedah pengumpulan data dan kaedah penganalisaan data bagi menghasilkan maklumat yang tepat.
      4.1 Kaedah Kualitatif
Kaedah kualitatif merujuk kepada pemgumpulan data dalam mencari dan memberikan keterangan. Sebagai contoh, komen lisan, penyataan, pendapat, tanggapan dan persepsi yang merupakan teknik kaedah kualitatif.

      4.2 Kaedah Kuantitatif
Kaedah kuantitatif merujuk kepada mengklasifikasikan ciri,cara mengira ciri serta membina jadual untuk menjelaskan perkara yang diperhatikan.Sebagai contoh,nilai peratus,min,kadar dan nisbah merupakan teknik kaedah kuantitatif.

4.3 Pengumpulan Data
Pengumpulan data dilakukan untuk memperoleh maklumat yang diperlukan dalam mencapai objektif kajian.Secara amnya,data-data yang dikumpulkan untuk menjalankan kajian ini terdiri daripada dua jenis data iaitu primer dan sekunder.
4.3  Data Primer
Data primer ialah data yang diperoleh atau dikumpulkan oleh pengkaji secara langsung dari datanya.Data primer disebut juga sebagai data asli atau data baru.Teknik atau kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data primer ialah melalui kaedah pemerhatian,kaedah temu bual,kaedah soal selidik dan kaedah rujukan.
4.3.2                    Data Sekunder
Data sekunder ialah data yang diperoleh atau dikumpulkan oleh pengkaji dari pelbagai sumber seperti buku,laporan,jurnal dan lain-lain lagi.

     4.4 Penganalisaan Data
Bagi menjalankan kajian ini,beberapa teknik penganalisaan data telah digunakan bagi menganalisis data yang telah dikumpul.Antara teknik penganalisaan dan kaedah kajian yang telah digunakan dalam kajian ini ialah:

4.4.1                    Persampelan
Dalam kajian ini,teknik persampelan telah digunakan untuk menganalisis data yang telah dikumpul kerana kaedah tersebut dapat mewakili sesuatu populasi kajian.Terdapat dua jenis prosedur persampelan iaitu persampelan secara rawak dan persampelan secara bukan rawak.Persampelan secara rawak adalah sinonim dengan kajian jenis kuantitatif.Persampelan ini dijalankan dengan memilih subjek sampel yang mempunyai ciri-ciri yang terdapat dalam populasi kajian manakala persampelan secara bukan rawak pula diguna pakai dalam kajian jenis kualitatif. Sebagai contoh, borang soal selidik.

4.4.2        Soal selidik
Kaedah kajian yang dilakukan untuk menghasilkan kerja sebanyak ini adalah menerusi kaedah soal selidik untuk diedarkan kepada 30 orang responden.Responden tersebut terdiri daripada kaum Cina dan kaum India yang tinggal sekitar kawasan Tasek Gelugor.Soal selidik ini bertujuan untuk mengkaji adat istiadat perkahwinan kaum Cina dan perkahwinan kaum India.Seterusnya borang soal selidik tersebut dianalisis untuk membantu menyiapkan kajian ini.
4.4.3        Temu bual
Seterusnya,kaedah yang dijalankan bagi memperoleh data dengan lebih terperinci adalah sesi temu bual bersama Puan Lee Siew Huat iaitu salah seorang masyarakat kaum Cina yang tinggal di sekitar kawasan Tasek Gelugor.Kaedah yang dijalankan ini adalah untuk mendapatkan serta mengumpul maklumat yang lebih jelas tentang adat istiadat perkahwinan kaum Cina.Maklumat lain yang diperolehi daripada beliau ialah pantang larang perkahwinan,nilai hantaran,warna serta alatan yang sering digunakan dalam majlis perkahwinan.

4.4.4        Rujukan
Bagi melengkapkan lagi kajian ini, kaedah rujukan dilakukan terlebih dahulu untuk mengetahui tentang tajuk yang dikaji. Antara bahan rujukan dalam kajian ini adalah buku teks,buku rujukan di perpustakaan-perpustakaan yang dikunjungi,majalah,surat khabar serta melayari internet.











1 comment: